lets be happy people!! |
Assalammualaikum warga blogger dan juga salam sejahtera :)
mungkin ada yang membacanya dan mungkin juga tidak tetapi inilah akan menjadi medan buat diri ini untuk mengongsikan pelbagai kisah dan pengalaman setelah menghilang selama 3 tahun ini. hehe bukan tidak mahu menulis blog seperti dahulu cumanya perlu melaksanakan apa yang perlu dan perlu komited dengan komitmen yang kian bertambah sejak beberapa tahun yang lalu..
jadi, apa yang saya lakukan untuk tiga tahun yang lepas? haaa semuanya akan saya kongsikan di dalam post-post akan datang di dalam blog saya ini. ya Allah, memang rindu nak menulis begini.. :D
dahulu tempat untuk meluahkan apa yang terbuku adalah di blog ini. masa zaman sekolah memang kalau ada kesemaptan ingin mengemaskini blog.. begitu juga masa di matrik, sanggup turun ke bilik belaajr blok di tingkat bawah (bilik tingkat atas sekali ye hehe) semata mata nak update blog...
dulu blog dengan facebook tempat saya mengemaskini kan kebanyakan perkara tetapi sejak berjinak-jinak dengan twitter dan instagram sejak zaman di kolej dan universiti lansung lupa ke blog. tambahan pula,dah mula sibuk dengan tugasan subjek dan selepas bergraduasi sibuk pulak mengejar fulus eheeh..
okaylah, ini hanya permulaan akan disambung dengan post post bagi apa yang berlaku untuk 3 tahun lepas.. tidaklah menarik mana pun tetapi nak jugak kongsi :)))
chiou dulu ! :)
N.A.Z
12.25pm
22 Mei 2018
tengah tunggu nak jemput damia :p
No comments:
Post a Comment