Wednesday, May 23, 2018

AKU RINDU :'(

selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran !

assalammualaikum and i wish all of you have a great day ahead :

harini baru terasa nak menulis blog haaaa... untuk beberapa harini agak sibuk sikit haa dengan rutin harian ayng ada kerja yang mengejut dan lain lain. baisalah, bulan ramadhan ni bulan yang agak sibuk dan padat bagi umat islam seluruh dunia kan? haa gituuu

okay lah topik untuk hari ini adalah rindu.. normal lah untuk kita berasa rindu kepada seseorang.. masalahnya sekarang kepada siapa aku rindu>?

aku merindui orang yang tidak patut aku rindu.. sungguh aku rindu tapi apa sahaja yang mampu aku lakukan? sakit merindui orang yang jauh dan dia tidak tahu. hanya rasa yang terpendam yang tidak dapat aku luahkan dengan kata-kata..

jika didiamkan, sungguh sakit tetapi jika diberitahu mungkin dikatakan sakit.. kerana asyik merindui..
kenapa aku rindu? aku sendiri tidak tahu kenapa dan bagaimana..

rindu jika diluahkan mungkin reda kalau yang si dirindui itu juga menyatakan yang sama ataupun dapat berjumpa tetapi jika ia adalah rindu yang tak berbalas.. ya sakit.. tetapi lebih baik daripada tidak disampaikan..

malangnya kalau kita merindui orang yang tidak pernah pun merindukan kita, entah kita sekadar hanya manusia yang datang menyinggah sahaja tanpa dipinta untuk tunggu dan tinggal di dalam hidupnya...lebih  tetapi apa kan daya kita tidak boleh paksa seseorang untuk mempunyai rasa untuk kita dan kita takkan juga pernah tahu tentang rasanya pada kita jika tidak diberitahu..

jika rindu itu mudah diungkapkan seperti kata kata yang lain alangkah indahnya.. tetapi tidak aku bisa mengatakan kepadanya lagi jika aku hanyalah sekadar aku. sekadar kenalan jauh..

tidak kupinta untuk merindui kamu, tetapi aku tetap tidak dapat menafikan perasaan rindu yang ikhlas lahir dari hatiku ini. some say "the heart wants what it wants". jadi, macam mana kau cuba untuk nafikan atau menghilangkan perasaan melalui penghanatran signal oleh minda. ia tetap tidak akan berhenti sebab kadang hati ini degil. nak juga merindui orang yang tidak bisa kau rindukan.

jika kau mahu mengatakan aku sakit kerana sering merindui kamu, YA memang aku sakit. sakit menahan rindu. apakan daya, aku tidak boleh buat apa apa. hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja buat kamu yang jauh disana... jika ingin dihubungi kamu takut mengganggu, merimaskan kamu. biarlah rasa ini hanya simpan dihati.. sampai masa nanti dia hilang lah tu.. tetapi aku tak pasti bila..

aku akan cuba untuk hilangkan rasa ini, tetapi akhirnya aku akan lebih merindui..
dan kau disana tetap begitu. tiada rasa yang sama buat diriku mungkin. semoga yang aku rindui terus berjaya dalam hidupnyaa, aku berharap yang baik baik sahaja buat kau disana..

saya rindu awak.. tak kisahlah apa awak nak cakap apa saya tetap rindu...
hidup ini terlalu singkat jika ingin menyimpan semuanya.. tidak elok kan memendam rasa?


N.A.Z
8.50AM

No comments:

Post a Comment