tajuk post kat atas tu KOSONG. eh kenapa kosong yea? yela kosong la.. kosong? takkan tak tau kosong ?
kosong maknanya tiada apa apa didalamnya. empty. vacant. ha itulah kosong..
tajuk post nie pasal kosong. kosong ! kosong ini boleh menggambarkan macam macam. bilik yang kosong. peti yang kosong. nombor kosong. markah kosong. dan juga hati yang kosong.. fokus utama adalah. hati yang kosong..
hari tu masa terdengar lagu Najwa Latif yang agak barulah kan tajuknya KOSONG.. macam menarik dan aku pun dengar la.. sekali lagu tu memang sedap dan membawa maksud yang agak mendalam.. mulanya aku pun tak faham.. kenapa tajuknya kosong? ape yang KOSONG nya? ape? dah dengar. dan tengok liriknya barula faham itu pun sebenarnya ada jugak yang tak faham ! ahha.. aku ada pendapat sendiri tentang hati yang kosong dan jugak maksud lagu Kosong nie. kat ba wah nie ada lirik dan lagunya..
Kosong- Najwa Latif
Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong...kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong .. kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/09/najwa-latif-kosong-lirik.html#ixzz1tfd6P
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong...kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong .. kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/09/najwa-latif-kosong-lirik.html#ixzz1tfd6P
berdasarkan lirik nie.. menunjukkan hidup nie pasti ada yang akan tidak senang melihat kita senang. ataupun ada sahaja yang menyakitkan hati kita.mempunyai kawan yang tak jujur dan macam macam.
mungkin apa yang dikatakan oleh orang sekeliling yang tidak tahu pasal diri kita tapi dengan sesedap mulut mereka je mengata kita macam macam. tidak mengetahui apa yang kita rasa dan alami. mereka cuma tahu cakap,menghina mencaci dan macam macam..tidak pernah wujud pun rasa simpati apatah lagi empati..
kosong yang dimaksudkan adalah apabila kita dikata macam macam. hati akan menjadi sakit. apabila sering hati kita sakit kerana mulut orang. sampai suatu tahap hati kita akn rasa kosong.. kosong.. dah kebas dari rasa sakit itu. tulah kosong yang dimaksudkan . kosong dari kesakitan. hati yang kosong itu mampu mengubah kejidupan kita dan membuat kita lebih kuat dari dulu. denga hati yang kosong nie kita akan mengubah diri kita dan menjadi inspirasi kita untuk jadi yang terbaik. untuk membuktikan kemampuan kita kepada mereka yang merendah rendah dan mengata kita. pasti semua orang pernah rasa kosobg kan.. setelah di herdik di hina ditipu dikhianati.. dan macam macam lagi..
aku sudah rasa rasa kosong dalam diri tu setelah suatu kejadian berlaku antara aku dengan seorang yang merupakan keluarga aku. dan dia mengata aku macam macam..salah seorang keluarga pun dah boleh herdik kita macam macam. apatah lagi yang bukan keluarga kita? si dia nie pun sama je seperti luar hanya tahu mengherdik tanpa mengenali siapa aku yang sebenar.. mengherdik aku berdasarkan fitnah yang dibuat orang.. mulut orang lebih berbahaya dari sebilah pedang.. membunuh kita secara senyap dan perlahan dan menyeksa kita seumur hidup. tetapi sebilah pedang walaupun melukakn tetapi hanya lah sementara. dan akan sembuh. mungkin membunuh tetapi serta meerta tiada seksaan. itulah sbebanya dosa memfitnah lebih besar dari membunuh. orang yang memfitnah tidak dapat kita adili di mahkamah dunia tetapu sudah pasti diakhirat. tetapi membunuh pasti akan diadili di mahkamah dunia dan akhirat. tetapi mengapa fitnah besar dari membunuh?
kosong. sangat kosong . sampai aku malas hendak menghadap si dia yang mencaci diri ini.. setiap kali melihatnya pasti akan teringat peristiwa itu. sejak peristiwa itu. aku tidak seperti dulu dengan dia,,hambar sama sekali. telah hilang rasa hormat aku pada dia. apa yang aku rasakan dia adalah orang yang tersenarai dalam senarai orang yang tak perlu dihormati. sungguh tidak matang dalam perlakuan dan keputusan. hal yang sangat remeh pun perlu berakhir dengan kekasaran?aku dah maafkan orang tu, tapi hati aku kosong terhadap dia. kata caciannya sangat menyakitkan.sangat menyakitkan sampai bila bila akan aku ingat..
nak mengubah aku bukan dewngan cara makian, cacian, dan kekasaran, tetapi secara kritikan yanglembut,kata katr yang bijaksana dan perlakuan sopan dan beradab... entahla. aku rasa kosong.. tak dapat nak ubah rasa kosong terhadap dia...
apa yang aku harap dia berubah lah dan perbaikilah diri sendiri dulu sebelum sibuk nak membaiki orang lain. dan jagalah anak sendiri dengan baik, bukan duk sebok cari kesalahan anak orang. mungkin dia terlupa yang dia ada anak yang sedang membesar. dan dia juga lupa yang karma itu wujud. setiap yang baik di bals baik. dan setiap yang jahat dibalas jahat.semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan juga diriku untuk menjadi insan yang lebih baik dan beriman.. amin. :)
No comments:
Post a Comment