aku cuma manusia biasa.. dan aku tak mampu.. aku memang tak mampu... tak mampu.. aku tak mampu nak buat semua yang orang lain boleh buat.. aku sering melakukan kesilapan. aku sering disalah anggap. aku sering tidak dipedulikan. aku sering dipersalahkan. aku cuma sekadar ada dan wujud dalam hidup orang.. tetapi tidak dihargai pun.. mungkin perasaan aku je.. tapi memang bukan semua oranghargai. usaha aku,nasihat aku, kata kata aku, diri aku sendiri.perasaan aku.. orang tak reti nak hargai aku.. jadi buat ape aku nak hargai orang yang tak hargai aku.. tetapi aku tak mampu untuk tidak menghargai seseorang yang bernilai..
banyak perkara yang aku tak mampu nak buat yang orang lain boleh buat... banyak sebenarnya..tetapi aku yang utama jelah..
AKU TAK MAMPU NAK BENCI ORANG
ini memang hakikatnya aku memang tak mampu... walaupun mulut aku berkata aku benci dia.. tetapi hati aku cumalah mengatakan aku tak suka dia.. aku tak mampu benci dia. aku tak mampu nak benci orang..kalau tak suka tu adalah.. tapi untuk aku benci tu memang susah.. tapi tak suka bukan bermaksud benci.. dan tak benci pun bukan bermaksud suka.. TAK SUKA. dan aku tak sukaada yang memaksa aku suka perkara dan benda yang aku tak suka. bila aku tak aku memang tak suka.. dan aku takdalah benci. ada beza yea..
AKU TAK MAMPU BELAJAR MACAM BUDAK SKEMA
Ha ini memang confirm! aku tak akan mampu study seperti aasha ! heheh.. aku tak suka menghadap buku terlampau lama.. aku tak mampu nak terperap dalam bilik hanya belajar.. NO LIFE ! kalau nak belajar.. belajarlah... tetapi kena ada juga masa FUN. macam mana lah orang yang boleh hidup dalam kedaan macam tu. buku adalah segala galanya boyfriend or girlfriend dia, best friends dia, family dia, hidup dia, musuh dia pun boleh jadi gak.. tidak salah dekat dengan buku tetapi sekali sekala kena jauh gak kejap untuk merehatkan minda dan mata.. memang stres la kalau kena hidup macam tu je.. bosan... jadi have fun dan study adalah dua perkara berbeza yang diperlu diseimbangkan...
AKU TAK MAMPU NAK TUNJUK PERASAAN AKU.
maaf ya ! ini bukan bermakna aku takde perasaan !! ada okay! tapi buat apa aku nak tunjuk? kalau tunjuk pun ada ke yang kesah/ ada? bagi akulah walau betapa sayangnya aku pada seseorang itu.. biarlah aku sahaja yang tahu. tak perlu nak tunjuk denga nak declare you're the best friend of mine ataupun you're my greatest love. i love you the most.. ataupun ada statement aku sayang semua orang tapi kaulah nombor satu bagi aku.. benda ni tka perlu cakap.. sebenarnya cukuplah sekadar kita sahaja yang tahu.. tak perlu cakap sebab mana tahu ada yang terasa hati.. benda sbenarnya banyak berlaku.. jadi tak perlulahnak tunjuk perasaan sangat. kau sayang ke. kau marah ke. ape ke,, orang yang terlalu menunjukkan perasaan pun susah sebenarnya.. bila perkara yang yang dilebihkan perasaan itu mengecewakan.. terdorong untuk emo dan bila kita emo. dan marah. kita menyakitkan hati orang lain.. sebab kita sakit hati.. kita pun nak sakitkan hati orang lain? memang patotlah hati kita disakiti sebab kita suka sakitkan hati orang lain... dan kalau aku sakit hati, marah ke, sedih ke terlampau gembirake,sayang sangat sangat ke.. aku takkan tunjuk secara lahiriah..
AKU TAK MAMPU MENAHAN GODAAN MAKANAN!
itu sebabnya saya gemok! hehe. makanan dah depan mata nak biar ke? oh tidak! walau nak kuruskan badan sekali pun tetap kena makan.. diet ape tak makan.. sengal kan.. hui makanan.. bila menggoda goda ak.. fuh.. tak leyh tahan beb! sedap..1 benda yang aku susah sikit nak tolak adalah makanan! memang takkan tolak.. tempat mahal ke. murah ke. mamak ke.. semua ok je! janji makan! dan makanan ok.servis tak macam siput.. ok sajah bagi aku! hehe..makanan nie sebenarnya boleh bantu kita sihatkan badan dan juga kuruskan badan.. sape kata makan je mesti gemok! makan banyak je gemok! oh tidak jadi gemok tu sebab salah makan bukan sebab makan! jadi diet pon ada kena makan dan banyakkan senaman..
aku dah taku tahu nak tulis apa lagi yang aku tak mampu nak mampu.. macam banyak je, tapi itulah antarra yang utama yang aku tak mampu nak buat.. hehetu jela.. nanti update lagi.. :)
P/S: sayang orang berpada pada.benci orang pun berpada pada. kalau ada masalah berlaku salah kan diri kita dulu sebelum menyalah kan orang lain.. sentiasalah mengakui kesilapan sendiri..dan jangan ego.. terutamanya orang yang bercinta. dah ada bf/gf jangan lupa kawan. kawan datang dulu sebelum kekasih...kawan lebih utama...jangan kita abaikan orang yang dah bertahun kita kenal demi orang yang baru sahaja kita rapat.. jaga perasaan rakan rakan anda yea...
No comments:
Post a Comment