![]() |
atuk bersama isteri tercinta Alauyah Yahaya |
bersama isteri anak dan menantu semasa di airport untuk ke Bali!!:P |
sempena hari bapa aku buat satu post khas untuk menceritakan idola teragung aku selain Rasulullah SAW.. orang nya tidak lain dan tidak bukan adalah atuk aku sendiri..beliau adalah lelaki nombor satu di dalam hidup aku...
beliau seorang yang sabar, tenang, pemaaf, tidak cepat marah dan sangat berdedikasi.. apabila beliau menjalankan tugas sebagai seorang askar dahulu.. beliau jarang bercuti.. beliau sangat rajin bekerja.. walaupun beliau seorang yang sangat suka bekerja tetapi keluarganya tidak diketepikan.. gigih mencari rezeki untuk isteri dan anak anak..
beliau yang kupanggil atuk ini seorang yang bijak dalam tindakannya tetapi kadang kadang ada juga tertipu.. tetapi itu biasalah.. seorang manusia mesti ada kesalahan yang dilakukannya.. beliau juga mudah mesra dengan orang sekeliling..ada sahaja orang yang dikenalinya dan ada sahaja kawan yang baru didapatinya..
sesiapa sahaja senang dengan sikapnya yang tidak terlalu mengambil tahu dan biasa biasa sahaja..
beliau sangat sayang akan motor besarnya..dan beliau merupakan seorang ahli skull rider,, iaiut kumpulan motor yang ada di Negeri Sembilan.. apabila beliau mengenakan pakaian yang ranggi , berseluar jeans, tshirt harley davidson ,vase skull rider.. but kulit dan tali pinggang kepala besi..tidak duduk diam wan di rumah ! ahhaha.. yalah.. takut suaminya di kebas orang.. atuk nampak muda dan masih segak bergaya.. duit pun adalah juga siapa yang tak mahu kan>> wanita sekarang ni suka memilih lelaki orang berbanding lelaki muda.. haha
pengurus syarikat dinani ini sangat suka akan music blues dan soul serta muzik melayu klasik.. kini 24 jam sehari 7 hari seminggu.. rumah , kereta, bilik dan dimana mana sahaja dia berada. pasti kedengaran suara radio klasik nasional.. lagu dibuka sekuat kuatnya.. sampai kami yang bising diorumah bukan radio tu ahaa
beliau juga selalu berpesan sayang orant berpada pada benci orang juga berpada pada.. kata katanya bernas dan boleh mengubah sikap seseorang itu jika orang itu bukan lah "daun keladi".sesiapa sahaja yang mendengar nasihatnya pasti akan berubah..dengan izin ALLAH orang itu akan berubah..
beliau juga suka melancong bersama keluarga.. tak kiralah dalam ataupun luar negara.. beliau juga sangat suka membaca.. beliau membaca suratkhabar setiap hari.. setiap ruang dan inci di surakhabar itu dibacanya.. tidak ada yang tertinggal pun.. kecuali bahagian hiburan kurang disukainya..belaiau juga sangat menyelesaikan teka silang kata.. kamus dewan bahasa selalu menjadi pendampingnya..
beliau juga suka menonton filem inggeris dan juga menonton rancangan dokumentari.. luas sungguh pengetahuannya mengenai apa yang berlaku di sekelilingnya..hai.. rajin sungguh beliau ini..
walaupun beliau jarang amrah dan diam berbanding wan tetapi beliau lebih ditakuti dan dihormati kerana perwatakan dan sikapnya itu.. walaupun beliau marah beliau hanya diam sahaja dan selepas itu seperti biasa.. beliau dlam golongan LAMBAT MARAH DAN CEPAT REDA.. jarang untuk melihatnya marah..lagipun belaiau memang tak suka marah.. nak ikut ikutlah takanak ikut sudah..beliau tegas dan juga berpendirian tetapi boleh di bawa berunding..
tetapi beliau memang baik dengan semua orang dan percaya seseorang taetapi jangan khianati kepercayaannya kerana sekali khianat laknat selamanya.. dia tidak akan percaya orang yang menipunya lagi.. mungkin diberi peluang kedua tetapi kepercayaanya cumalah 50% sahaja..
itulah semua sebabnya beliau adalah lelaki bnombor satu dalam hidup saya.. alangkah untungnya nasib diri jika aku temui lelaki seperti beliau.. sangat untung.. aku harap aku jumpalah lelaki itu...amin.. SELAMAT AHRI BAPA ATUK seorang manusia, seorang anak seorang suamia seorang ayah dan seoranga atuk yang bertanggungjawab..
happy father day buat atok kamu..semoga dimurahkan rezeki and rajin melayan cucu nyer..hehe
ReplyDeletethanks ! haha.. memang dia rajin melayan.. :p
ReplyDelete