Friday, November 26, 2010

LELAKI JATUH CINTA? MACAM MANA AGAKNYA? HAHA.

Bila lelaki benar-benar jatUuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.kadang macam orang gilapun ada haha.. memang tidak dijangka lelaki yang telah jatuh cinta ni.. sebab  mereka akan jadi orang lain ataupun itulah mereka yang sebenar apabila mereka jatuh cinta. tetapi tidak tahulah kan,,, inilah antara tanda tanda lelaki jatuh cinta..

 Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

 1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

 
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. 

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

 12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. 


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA



heheh.. lelaki ni sebenarnya nak ikutkan lah lebih lembut dan sensitif dari perempuan tau.. mungkin ramai lelaki takkan mengaku yang mereka sensitif, manja dan berhati lembut..kelembutan mereka tidak terlihat dari luarannya kerana mereka berbekal tubuh yang kuat dan tegap..tetapi sesungguhnya di dalam mereka adalah sdan mudah rapuh.. contohnya seperti tulang.. memang tulang sifat semulajadinya keras dan kuat tetapi di dalamnya tetap juga akan rapuh. seperti itu juga lelaki. mereka secara semula jadi zahirnya kuat, tegap dan keras tetapi di dalam mereka seorang yang lebih sensitif dari perempuan..ungkin ada juga yang menafikan kenyataan ini tetapi inilah kenyataannya..
seperti perempuan pula mereka secara semula jadinya bertubuh sederhana dan lemah lembut memang napak fleksibellah kan.. tetapi wanita lebih kuat dari lelaki. inilah kenyataannya..
hehhe,...tajuk post lain cerita pasal lain .. hah,. itu jelah...


P/S: LEBAH! ANDA ADA MENGALAMI SIMPTOM SIMPTOM DI ATAS?? AHAH..yang highlighted tukan meamng selalu tu.. ahha

No comments:

Post a Comment