Monday, March 12, 2012

AYAT KURSI...

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
amalkanlah selalu ayat kursi.. sungguh mujarab... percayalah..

Thursday, March 1, 2012

KERANA RM 1.50 HILANG RM 22K... DUGAANN.. DUGAANN..




1 mac takkan aku lupa samapai bila bila… harini family dan syarikat atok aku menghadapi dugaan yang cukup besar.. mungkin bagi orang yang kaya senang.. apalah sangat rm22k tu kan. Tapi bagi kami sangat bermakna dan juga bagi pekerja,… mungkin hari inilah pengajaran bagi aku dan keluarga agar tidak lalai dan mengambil mudah apabila menjalankan sesuatu amanat.. pengajaran untuk mendengar kata kata dan nasihat orang lain.. pengajaran tentang ujian Allah semasa kita menghadapi kesenangan hidup dan menarik kita ke dalam kesusahan dalam sekelip mata.. MAHA SUCI ALLAH..ALLAH MAHA BESAR.. memang bukan mudah mencari wang tetapi nyawa lenih penting.. ALHAMDULILLAH Allah mingkin memberikan kerugian harta kepada kami tetapi Dia memberi kami kesempatan untuk menikmati hidup dan memperbaiki kesalahan..
Kejadian yang tidak diduga ini berlaku ketika aku baru pulang dari bank bersama wan. Setelah kami mengeluarkan wang gaji pekerja. Kami singgah ke kedai rm 1.50 dan tidak terus pulang ke rumah. Wan terlalu risau akan pesan atok : “nanti duit tu hilang terus balik lepas keluarkan duit!” lalu wan pun dengan ringan tangan dan berat hati meletakkan duit itu di dalam kereta di  bawah tempat kaki. Kami pun dengan ringan kaki melangkah keluar dari kereta dan menuju ke kedai rm 1.50.. membeli barang seperti biasa dan wan pun ke depan dan melihat pelampung yang ingin di beli untuk damia dan dia juga melihat ke arah kereta tanpa meragukan apa apa..
Kami setelah membayar jumlah wang kepada kashier terus pula ke kedai sebelah.. kedai hardware.. membeli lagi.. setelah membayar sejumlah wang kepada kashier kami pun keluar dari kedai itu dan menuju ke kereta. Di saat kami membuka pintu belakang kereta terlihat serpihan kaca bertaburan di lantai… dan apabila kami melihat cermin kereta di sebelah kiri hadapan, cermin tingkap telah dipecahkan.. retak seribu dan ada lubang yang besar di tengah. Tidak kelihatan lagi sampul berisi duit disitu.. tida apa yang mampu diperkatakan lagi.. duit lesap dan cermin pecah… orang keliling pun tidak nampak akan kejadian itu.. memang tiada rezeki. Apakan daya Allah menguji kami.. kasihan kepada pekerja. Gaji tidak di bayar lagi.. tetapi lagi kasihan kepada atok dan wan yang perlu mengumpulkan wang simpanan peribadi untuk membayar gaji pekerja.. ujian yang cukup hebat..

Tetapi atok dengan wan sangat tabah.. mereka menghadapinya seperti seolah olah hanya hilang rm 200.. sungguh tabah hati seorang atok dan seorang nenek ini.. atok masih boleh mengukir kan senyuman dan bergelak ketawa walaupun beban hampir memecahkan kepala. Tambahan pula, pekerja sana sini buat hal, tak cukup pekerja dan duit gaji lesap. Wan masih boleh melayan keluarganya tanapa mengingati kejadian siang tadi.. mungkin tidak ditunjukkan tapi kejadian itu tidak akan hilang dari ingatan.. akan melekat sampai bila bila.. adakah aku juga akan seperti itu bila menghadapai segala dugaan yang lebih mencabar..? adakah aku mampu menghadapinya seperti mereka..? mungkin inilah hikmah dan pengajaran. Mungkin ini jugak kerugian untuk sesuatu yang lebih menuntungkan bagi kami?? Hanya Allah sahaja yang tahu.. J
Itu secara formal punya cerita. Secara tidak formalnya bermula sekarang. Pagi tadi. Tengah dok online facebook. Tetiba wan ajak pergi keluar gaji pekerja dekat CIMB SRI MAWAR. Jadi, pergilah,, lepas tu wan ajak turun.. aku takanak aku duduk je dalam kereta dengan damia,. Lepas tu aku teringat kata kata atok aku cakap dekat wan “ lepas ambil balik rumah terus ! jangan pergi mana mana! Abang takde harini dengan adik “ so aku duduk dalam kereta jaga damia and kereta dan untuk perhati jika ada yang cuba mengekori  wan.. tengah aku syok menyanyi dengan damia,. Wan sampai. Aku tengok tiada apa. So, ok ALHAMDULILLah.. lepas tu wan mula gerak kereta hendak menuju ke rumah. Sekali lalu depan kilang ON Semiconductor tu wan tiba tiba tergerak hati nak pergi singgah dekat kedai rm 1.50 selama ni tak singgah hari ni pulak nak singgah.. wan sebab terlampau risau pergi letak dalam kereta..duit gaji tu.. aku dah larang jangan letak orang sekarang  pandai… wan tetap berkeras dengan keputusan dia untuk letak dalam kereta. Aku malas nak bising bising biarkan aje. Kenapa terlalu mudah untuk aku tidak melarang hari ini? Ish ish.. ape lagi keluar kereta masuk kedai tu.. beli punya beli.. pegi kedai sebelah pulak. Beli algi.. bayar  lepastu keluar nak pergi dekat kereta.. masa buka pintu belakang nampak kaca berderai.. tengok cermin dah berlubang. ! ASTAGA ! aku memang tergamam tadi.. duit hilang rm 22k ! mane nak cekau kalau dah hilang macam nie. Serius aku menangis tadi.menangis dan terus menangis.. lepastu semua orang berkumpul tanya kenapa? Pastuc erita lah. Semua terkejut camane boleh tinggal kan rm 22k dalam kereta? Dah nak jadi semuanya serba tak kena kan..?
Lepas tu abang kedai rm1.50 tu pun datang kat kitorg and tolong call polis.. yang bestnya semua orang boleh tak perasan and tak dengar cermin dipecahkan..padahal dari kashier kedai murah tu nampak kereta.. kami syak ada unsur sihir deka sini.. sebab lansung tak ada tanda.. aku pun ada pandang arah kereta masa tu,. Takde ape..masa berlalu dengan pantas dan penyangak tu pun buat kerja dengan pantas.. patotla harini hati aku sentiasa berdebar dan tak sedap.. mase nak turun tu pun aku siap toleh sekeliling takot ada yang follow t tak ada dan tak nampak.. penyangak kan diorang pun pandai dalam buat kerja jahat ! tak sebangang tu untuk follow dekat kan..
Dah hilang tak tau nak cakap apae dah.aku masa kejadian tu terus grab damia and pegang je dia takut kang  lepas kes duit hilang damia pu;lak hilang! Itu lagi berderau darah aku! Aku duduk dekat tangga kedai murah tu peluk damia dan nangis.. sedih teramat sangat dan marah teramat sangat! Lepas chaos berlaku.. polis pun sampai Tanya apa yang patot.  Then dia ajak pergi balai polis senawang untuk buat laporann.. diorang suruh aku dengan damia naik ereta polis tapi wan bawak kereta kancil aku tu dalam keadan cermin peca ke balai. Setelah baut laporan kami diarahkan untuk ke bahagian ibu pejabat polis daerah Seremban 2 untuk berjumpa dengan Sarjan Nawi dari bahagian penyiasatan jenayah.. biasa lah another report.. setelah selesai pulang tetapi keluar balik untuk cari orang yang boleh panaskan penyangak tu untuk  bagi pulangkan balik duit tu.. dengan izin Allah kami jumpa rumah pakcik tu..

Okay cerita dekat sana tak perlu lah cerita kamis ahaja la yang tahu… harini atuk memang mengamuk jugak mulanya tapi nak buat macam mana dah jadi.. atas kelalaian wan dan aku. Sekarang nie duit tu dah hilang tak dapatnak abyar gaji perkeja kami hari ini.. kami bukan orang kaya.. mana kami nak cekau duit rm22k dalam mase 2 ke 3 hari untuk bayar gaji pekerja. Hasil titik peluh mereka duit kami tu?? Ini yang memningkan kami sekeluarga. Ujian ini cukup hebat dan satu tamparan buat kami…kami redha dengan takdir Allah.. biar penyangak tu dapat jugak balasannya nanti! ALLAH ITU MAHA BESAR, ALLAH ITU MAHA ADIL, ALLAH ITU MAHA PEMURAH DAN ALLAH ITU MAHA PENYAYANG.. HAMBANYA PASTI AKAN DIUJI tidak kira kaya miskin tua muda atau sihat atau sakit.. ini memang pengajaran ! buat kami! Supaya tidak lalai dan sentiasa beringat MALANG TIDAK BERBAU..takpela semoga duit itu dikembalikan dan penyangak itu akan dihukum dengan hukuman yang setimpal! Mengambil hak orang lain untuk kesenangan sendiri.. kamu berdua tidak akan selamat….. ! takpe tengok nanti korang jugak akan terima naseb yang sama atau lebih teruk lagi ! ALLAH ITU MAHA BERKUASA… Alhamdulilah aku dengan damia tak tinggal dalam kereta masa tu.. kalau tidak tak tahu la ape jadi. wan pun selamat tidak di serang atau diapa apakan. duit itu hilang tanpa kami bersemuka dengan penyangak tu..itu juga payah sebab untuk mencari siapa si pelakunya.. tapi tak apela yang penting selamat..



P/S: jadi miskin susah jadi kaya lagi susah! Macam mana la orang orang kaya yang sentiasa harus menjaga harta mereka tu? Tak samggup! Biarlah jadi orang yang sederhana.. tak mempunyai akaun beratus ribu janji tidak perlu sakit kepala dan sentiasa risau.. hemh… nauzubillahminzaliq..


APABILA BERHENTI DI MANA MANA TEMPAT JANGAN PERNAH LUPA UNTUK MEMBACA : 'AUZUBIKALLIMATILLAHHI TAMMATI MINSHARIMAKHOLAQ.
INSYAALLAH TERLINDUNG DARI KEJADIAN BAHAYA DAN TIDAK DIINGINI KEPADA KITA.


sekian...