selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran !
OKAY.. HARINI SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA mula menjalani ibadah puasa yang merupakan rukun Islam ketiga. ibadah wajib ini sentiasa dilakukan pada setiap tahun pada bulan Ramadhan.. Ramadhan yang penuh kemuliaan perlu di sambut dengan penuh sabar dan keikhlasan..bulan ini sungguh mulia.. bagi yang berpuasa pada bulan Ramadhan ini kemanisan berpuasa nya berlainan berbanding puasa puasa di bulan yang lain
jadi malang sungguh bagi sesiapa yang tidak berpuasa anda malang kerana anda seorang yang pengecut kerana lari dari perjuangan.. bulan Ramadhan seperti bulan perjuangan bagi umat Islam... hal ini kerana, puasa sendiri bermaksud MENAHAN NAFSU MAKAN DAN MINUM DAN PERKARA PERKARA YANG MEMBATAKLAN PUASA DARI TERBIT FAJAR HINGGA TERBENAMNNYA MATAHARI BESERTA NIAT.. dari maksud tersebut jelas menunjukkan bulan puasa adalah suatu perjuangan untuk diri kita sendiri.. adakah kita berjaya atau tidak menharungi cabarab tersebut atau tidak.. jika kita tidak berpuasa maknany kita lari dari medan perang dan pengecut.. bukan kah begitu gambaran yang sesuai??
sebenarnya aku pelik lah orang yang tak berpuasa nie..pelik orang lain punya gembira nak berpuasa diorang kalau boleh sampai bila bila taknak puasa! NAIF SUNGGUH ORANG BEGINI.. okay... mereka nak lari dari berpuasa pada bulan puasa. tetapi bulan lain tetap kena ganti.. mana lebih okay.. menjalani ibadah pouasa bersama sama yang lain. ataupun ganti puAsa saat orang lain dah tak perlu berpuasa? lebih baik kita berpuasa pada bulan ramadhan dapat pahala dan keberkatan..
alangkah untungnya mereka yang pernah mengalami malam lailatur qadar! untung sungguh.. malam itu malam termakbulnya hajat hajat yang baik dan diredhai Allah ! jadi mereka yang beruntung tahun ini harus gunakan peluang itu sebaik baiknya... okay itu pasal tu..
yang kita paling suka bila malam hari bulan puasa ialah solat tarawikh dan juga syaitan laknatullah diikat sepanjang bulan puasa! sangat menyeronokkan bukan>?? hehe.. solat tarawikh juga kita lakukan setahun sekali je dalam masa sebulan tu... seronoknya.. malam nie InsyaAllah aku ikut atok pergi tarawikh..
cakap pasal syaitan laknatullah pulak! ini memang menyakitkan hati! itulah tajuk post aku ada caption SABAR EKIN SABAR ! ini semua disebabkan oleh dua ekor syaitan yang memang sehaeusnya dilaknat !!! tapi mereka ni tak dapat diikat oleh Allah.. kerana mereka adalah "syaitan" tak guna ! menguji kesabaran aku pada hari pertama bulan Ramadhan ini.. hey.. hari ini aku dengar syaitan berdua ekor ni pakai guna guna dekat wan dan atok aku! ilmu hitam digunakan untuk menundukkan wan dan atok aku!.. orang macam nie.. memang aku benci sampai mati! dah lah kau guna setan nak tolong kau.. lepas tu kau pun macam setan. belkang cakap lain depan cakap lain.. sebenarnya kau lebih teruk dari setan sebenar.. agaknya setan tengok kau pun malu! pelik lah ada orang laknat macam nie.. kenapa la.. kau suka sangat buat hal! aku malu untuk ada kaitan dengan kau ! hey.. sabar.. sabar... takpelah aku takkan biarkan orang macam kauorang nieyh.. memperbodohkan wan dan atok aku.. tak sedar diri hidup menumpang ! pastu guna guna pulak eh.. tengoklah suatu hari nanti kau juag akan diturun kan bala yang setimpal dengan kau wahai hantu berdua ekor.. mungkin korang terlepas sekarang tapi kauorang takkan dapat lepas dari Allah yang Maha Esa ! ! kauorang takkan dapat lari... Insya Allah ! kau orang berdua takkan selamat di dunia mahupun diakhirat.. mungkin aku bukanlah hamba Allah yang cukup baik tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk jadi seperti itu.. dari jadi macam kauorang berdua.. patotlah hidup kauorang tak pernah senang dari dulu hingga sekarang kerana korang ada PHD(perasaan hasad dengki)! dan hati tu tak pernah bersih dan akal semuanya dah negatif..
Ya Allah! memang besar yang dugaan kau berikan pada aku pada tahun ini.. Ya Allah semoga kau melindungi wan atok dan keluarga ku dari kejahatan mereka yang menggunakan cara dengan menyekutukan diriMu Ya Allah.. Ya Allah Ya Rabbi sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana! tunjukkanlah kekuasaanMu kepada mereka yang menyakiti dan memperbodohkan keluarga ku.. AMIN..
dugaan yang sangat besar tahun ini untuk dihadapi semoga hatiku terus tabah untuk meneruskan kehidupan dan menjalani ibadah puasa serta menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.. sekian.. ini sahaj post dari saya... selamat bebuka puasa bersama keluarga tersayang.. :)
P/S: jangan curi curi buka ha ! tak baik tau ! berdose ! hehe.. Allah tahu tau.. selamat berbuka !